Friday, August 28, 2009

Hishamuddin Rais: H1N1 Konspirasi Kapitalis Buat Duit

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.
Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat.
Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial.
Melahirkan musuh sebagai strategi politik. Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.


Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi - bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
“There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability”.

“International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.”

“The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin - penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan - inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap - bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan: 1. mengurangkan penduduk dunia, dan 2. menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja - dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!
Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.
DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan - apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU - akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan - ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
Para veteran - satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.
Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.
Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini - atau menganggap ia hanya teori konspirasi - sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.
Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.
Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.
Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.
(Dipetik dan disunting dari Malaysiakini.com)

Wednesday, July 15, 2009

Minyak..Naik minyak




Fakta tuntutan hak royalti Petroleum Kelantan

Kita mempunyai fakta bahawa kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Mereka perlu melihat hujah-hujah yang akan diberi kerajaan negeri. Dalam isu minyak ini kita ada tiga agenda, pertamanya ialah menuntut royalti gas dan minyak di tiga kawasan.

Kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand – Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990.
Akta tersebut menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai. Dalam konteks ini Petronas telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri. Kelantan menyatakan berhak mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).
Mengikut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990, di mana dalam akta itu sudah ada peruntukan untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Dan akta tersebut tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Bahkan dalam akta itu mengakui perjanjian yang dibuat sebelum ini adalah terpakai. Jadi perjanjian yang dibuat di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dan dalam dokumen perjanjian itu kuasa yang mana dahulu dimilik negeri-negeri termasuk Kelantan telah diserah kepada Petronas dengan menjanjikan pembayaran tunai kepada negeri-negeri yang telah diambil hak tadi sekiranya ada pengeluaran petroleum.

Tidak hadkan jarak pantai
Dalam perjanjian tersebut pengeluaran di dua tempat iaitu onshore dan offshore. Jadi offshore yang digunakan dalam perjanjian itu teritorial zone dan exclusive zone. Jadi offshore ini tidak menghadkan jarak pantai dengan perairan Kelantan.

Jadi offshore itu meliputi jarak yang dekat dan jarak yang jauh. Jadi tidak terbatal hujah yang mengatakan bahawa Kelantan tidak berhak kepada royalti tersebut kerana jarak di antara pantai Kelantan dengan pelantar ialah jauh. Bahkan dalam praktik amalan Sabah, Terengganu dan Sarawak telaga-telaga mereka juga berada jauh dari pantai, iaitu lebih jauh daripada Kelantan.

Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.
Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.
Jadi kita mengharapkan juga gas ini didaratkan PM301 di Pantai Bachok. Menteri Besar telah menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican pada empat bulan lalu yang mencadangkan Petronas membangunkan zon khas di Bachok bagi projek Petrokimia.
Kita berharap Petronas boleh bertindak positif berdasarkan kepada cadangan tersebut.

Platfrom BMA at Blok A-18 is a adrilling platfrom approximately 40km from CKP
Petronas belum bagi kata putus Mengenai supply base ini permohonan telah dibuat oleh sebuah syarikat yang telah diluluskan kerajaan Kelantan di Kuala Besar. Jarak aktiviti JDA begitu hampir dengan Kelantan. Saya yakin banyak aktiviti yang diperlukan di sini seperti pembaikan kapal, ‘maintenance’ kapal dan penghantaran makanan. Jadi setakat ini hari ini Petronas belum lagi memberi kata putus.

Kita semua tahu lautan ada tiga kategori yang terlibat iaitu criteria zone ialah 12 batu ke pantai. Dan satu lagi ialah zon eksklusif (EEZ). Dan EEZ ini semuanya ini dalam istilah offshore. Jadi pembahagian kawasan offshore yang menghadkan mana-mana negeri mendapat royalti.
Sebab itu Sabah, Sarawak dan Terengganu telaga mereka berada dalam EEZ tetapi negeri terbabit juga berhak mendapat royalti.

Kemudian kita tuntut royalti di kawasan bertindih dengan Vietnam yang telah memulakan pengeluaran sejak 1997 lagi. Dan kemuncak pengeluaran pada 2004 ialah gas dan minyak. Kemudian kita minta bakal royalti di kawasan PM301 yang akan mula pengeluaran dua tahun akan datang iaitu 2011.

Tetapi kita minta awal supaya dapat ketetapan awal. Kita maklum awal mahu meminta royalti.
Isu kedua yang kita tuntut ialah pendaratan gas dari PM 301 yang begitu hampir dengan laut Kelantan juga perlu didaratkan di Kelantan untuk membolehkan menjana ekonomi bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.
Ketiga kita menuntut pusat penghantaran atau dipanggil juga supply base, di mana kerajaan negeri telah menghantar surat permohonan ini dua tahun lebih tetapi sehingga kini Kementerian Kewangan belum meluluskan ’supply base’ yang akan dibangunkan pihak swasta dan bukan kita minta kerajaan pusat bangunkan.

Kita sendiri yang hendak bangun, cuma kita minta kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Kalau kita ada ’supply base’ kita boleh membaiki kalau ada kapal yang rosak. Penghantaran barang-barang boleh dibuat di sini. Peluang jana ekonomi

Jadi ada peluang menjana ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Jadi tiga agenda ini yang kita pohon daripada kerajaan negeri dan Petronas.
Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen telah menyebelahi Kelantan. Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum di Manek Urai, di mana Dato’ Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan.
Dan pada 3 Ogos kita akan satu lawatan bersama kepada kawasan pelantar Cakrawala dan kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut. Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut.
Kerajaan pusat nampaknya mengakui hujah Kelantan adalah sah. Sebab itulah menyuruh Petronas menjawab. Biarpun diminta Petronas menjawab tetapi saya yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas member jawapan politik.
Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan.
Surat kepada Perdana Menteri dihantar sebulan yang lepas dan tiga bulan lepas Menteri Besar menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican mencadangkan pendaratan gas daripada PM301 ke Bachok.

Monday, May 25, 2009

Mereka cerita.


Najib bertitah...kalau keputusan itu menyebelahi mereka yang kononnya derhaka..maka mereka akan kata itu semua telus,adil dan saksama..tetapi kalau keputusan itu tidak menyebelahi mereka akan dikatakan sistem itu corrupt,ada campur tangan pihak tertentu dan sebagainya....ye ke?!!hebat sangat ka ghani dengan petainya yang mewakili kerajaan malaysia...hatta bekas tpm seperti anwar pun dipenjarakan....???adil sangat ke mereka yang bergelar penguatkuasa atau pengamal undang2 tue....budak hisap susu pun tau siapa yang betul....berapa banyak kes yang dimenangi oleh mereka yang digelar pembangkang??perwaja?altantunya?memali?..apa jadi dengan kes ini.....ba kata mahathir si bongkok tua....'kami tangkap dia,kami campak ke dalam'..heheheh senang sungguh dia mencampak org yang tidak bersalah,menghukum....tidak takut pada pembalasan akhirat......buduh!!!!orang yang berpangkat dato seri kat malaysia nie yang mewakili kerajaan barisan nasional......

Kepada semua pendokong Pakatan Rakyat teruskan usaha anda!!!!!!!!!KEADILAN PASTI TERTEGAK BIARPUN BERIBU TAHUN!!!!BIARPUN MAKIN RAMAI ANAK-ANAK YANG TIDAK DAPAT MERASAI BELAIAN AYAH YANG TERPAKSA MEREMPAT DIDALAM ISA ATAU PENJARA!!!

Wednesday, May 13, 2009

Dasar Pemboleh Ubah - Dacing pemboleh ubah

Pemboleh ubah - boleh+ubah = Kerajaan Perak
boleh+ubah = Perlembagaan Perak
boleh+ubah = Kuasa Eksekutif
boleh+ubah = Mahkamah
boleh+ubah = Menteri Besar

'Dacing' pemboleh ubah. apa saja boleh berubah....ubah suka hati....sebab nak sedap hati....hati sapa? hati mereka....bodoh sgtkah aku,bodoh sgt kah mereka,...siapa yang bodoh?!!tak ada yang bodoh cuba mereka diperbodohkan oleh orang yang kurang bodoh dari mereka...tapi mereka pandai kan.....*********heheheh pandai memang pandai tapi tak cukup pandai ...kalau mereka tak bodoh kat celah tue insyallah......akan sempurna kepandaianya.

Jangan jadi bodoh kerana kerajaan Barian Nasional!
Lu pikirlah sendiri!!!!!!

Friday, February 13, 2009

The most 'dayus'man in the humanity history


'Sultan's powers being questioned, not sultan'

Their Power being questioned....!!

Ces,.Hamba Pohon Derhaka!


Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka.
Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama.
Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong.
Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu. Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal.
Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.
Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini.
Semua ini karut marut. Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja.
Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British.
British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah. Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh.
Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu. Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu.
Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja. Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British.
Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja.
Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan. Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan.
Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)
( Telah di siar dalam Harakah )
Hishamuddin Rais.
Beruasman.