Friday, February 13, 2009

The most 'dayus'man in the humanity history


'Sultan's powers being questioned, not sultan'

Their Power being questioned....!!

Ces,.Hamba Pohon Derhaka!


Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka.
Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama.
Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong.
Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu. Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal.
Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.
Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini.
Semua ini karut marut. Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja.
Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British.
British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah. Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh.
Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu. Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu.
Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja. Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British.
Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja.
Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan. Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan.
Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)
( Telah di siar dalam Harakah )
Hishamuddin Rais.
Beruasman.

Wednesday, February 11, 2009

Tribute; Kerajaan PR - Part 1.3


Akhbar hari ini melaporkan gesaan kejam ahli-ahli UMNO agar Nizar dibunuh.


("From The Nut Graph 11 Februari 2009). (One is deeply distressed to read reports of conservative politicians and their followers crying for revenge against those whom they accuse of having offended the fragile sensibilities of the monarchs. According to one such report, Umno deputy Youth chief Khairy Jamaluddin had asked his followers, referring to Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, "In the old days, what did we do to those who commit treason?"The crowd replied, "Kill him!" )

Mari kita teliti permainan politik KJ yang menghasut rakyat agar membunuh Nizar dan betapa polis dan institusi-institusi di Malaysia di gunakan untuk melindungi pencetus provokasi seperti KJ dan UMNO. KJ sememangnya tahu bahawa hukuman bunuh di kenakan ke atas pengkhianat.

Justeru, KJ memprovokasi ahli-ahli UMNO dengan bertanyakan soalan sebegitu. Terdapat kemungkinan bahawa tindakan KJ ini bertujuan memprovokasi ahli-ahli UMNO yang hanya membaca Utusan dan bersama UMNO secara mutlak iaitu secara kini, dulu dan selamanya untuk membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan Nizar. Sejarah menunjukkan kerakusan UMNO yang menggunakan polis untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya pada masa dahulu. Kini, KJ menghasut bunuh pula ke atas Nizar.

Sekalipun UMNO sentiasa bermain isu perkauman dan sentiasa mencetuskan huru-hara, kepimpinan Pakatan Rakyat masih cuba bersabar. Sewaktu Agong dipanggil sebagai Natang dan sewaktu seorang sultan ditukar oleh UMNO, tiada pula isu ditimbulkan.Penyokong Anwar juga bersabar apabila Anwar dahulunya dibogelkan, digari dan dipukul separuh mati. Tok Guru Nik Aziz juga bersabar apabila anaknya di seksa dan di ISAkan pada masa dahulu.Tetapi, persoalannya, berapa lama ahli-ahli bawahan akan bersabar sebelum huru-hara tercetus?Saya ambil satu contoh mudah di selatan Thailand.

Sebelum tahun 2000, selatan Thailand boleh dikira aman. Selepas berlaku insiden pembunuhan umat Islam oleh tentera, setiap hari berlaku huru-hara di sana. Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes-kes pembunuhan dan penyembelihan oleh golongan militan.Sekiranya KJ dan UMNO berjaya mencetuskan huru-hara dan merampas kerajaan Pakatan Rakyat secara keji begini, tidakkah mereka khuatir akan ada golongan atau generasi baru yang tidak lagi percaya kepada sistem politik kita lalu beralih arah kepada kaedah militan.

Sebagai seorang yang kerap ke keluar negara, saya menyedari bahawa suara rakyat bukanlah suara yang lemah. Maharaja Cina dengan segala keagungan dan kebesarannya, dan dengan segala tentera dan penyokong istananya pun tumbang apabila rakyat rasa tertindas.Jangan bermain api KJ! Nanti terbakar diri sendiri!!

Kepada pembaca, apa akan anda lakukan kalau Nizar dibunuh?" Demokrasi dibunuh??Rakyat dibunuh?....

Bagi saya nyawa KJ DAN SEMUA BARUA B.N SEPERTI BANGKAI BIAWAK DI DALAM PERUT KERBAU....sikit pun tak berguna.

Tribute; Kerajaan PR - PART1.2









Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil,
Prof Aziz Bari menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.
Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.
Prof Aziz Bari turut menyarankan kematangan orang orang politik dalam menyelesaikan krisis yang tidak boleh ditangani oleh mana mana peruntukan undang undang ini.
Tindakan mengunci,menghalau dan mengherdik menurut Prof Aziz tidak bijak dan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Dan kalau ditambah lagi segala kekasaran yang berlaku di kuala Kangsar tempoh hari boleh dielak seandainya rampasan kuasa ini dilakukan mengikut lunas lunas perlembagaan.Sepatutnya mengikut Prof Aziz, kemelut yang berpunca dari lompat itu diselesaikan dengan cara menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan mandat baru.Pun begitu Prof Aziz ada menyebut bahawa tindakan mengambilalih secara haram sebegini tidak akan terlepas dari pengadilan rakyat.Mungkin kerajaan yang dibentuk secara haram boleh bertahan selama empat tahun dan selepas itu mereka terpaksa berdepan dengan rakyat.
Oleh itu adalah bijak dan matang bagi semua pemimpin politik mengambil jalan mengutamakan rakyat dalam memastikan mandat memerintah.Perkara ini sepatutnya diambil kira oleh pendokong kerajaan persekutan.PM,TPM dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang menjadi payung kepada seluruh negeri seharusnya menyedari dan mengutamakan mandat rakyat dalam apa jua penyelesaian kepada sebarang krisis.

Tribute; Kerajaan PR -PART 1.1






"PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA” : BERSALAHKAN IR NIZAR???
Penguasa adalah manusia yang tidak sekali-kali boleh disifatkan sebagai ma’sum. Kesilapan yang dilakukan oleh penguasa, kadangkala melibatkan kepada perkara haram, justeru itu wajar diberikan teguran yang lebih berhikmah. Kadang-kala juga, ada kesilapan yang dibuat itu melibatkan kepada perundangan; yang apabila ianya tidak dihormati, pasti akan membawa kemudharatan yang lebih besar. Keadaan inilah yang sedang menimpa di Perak, rentetan dari kejadian “pemecatan” jawatan MB Ir Nizar, lalu digantikan dengan seorang MB “jadian”, Dr Zamry - Mamak Pulau Pangkor.
Article ini ingin mengulas sedikit sebanyak tentang sikap kita terhadap pihak penguasa, dengan dikemukakan hujjah bagi menepis sebilangan pihak yang mengatakan penguasa wajib diberikan ketaatan tanpa berbelah bahagi, dan tindakan Ir Nizar itu kononnya bercanggah dengan syariah islam. TAAT PENGUASA??? Ye ke?...mari kita teruskan.
Memandangkan penguasa adalah manusia yang pasti akan melakukan kesilapan, maka sudah pasti tidak semua arahan atau perintahnya perlu diberikan ketaatan, bahkan arahan yang wajib diterima pakai dan ditaati selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariah, juga tidak membawa mudharat yang lebih besar.
Bahkan jika diperhatikan kepada sirah nabi dan para sahabat, didapati banyak hadis-hadis dan atsar yang membuktikan bahawa tidak semua arahan penguasa itu wajib diberikan ketaatan.
Bahkan, dalam keadaan tertentu sahaja, wajar diberikan ketaatan, iaitu sekiranya tidak melibatkan kepada percanggahan dengan syariah; juga menghasilkan natijah mudharat yang lebih besar. ASAS PERBINCANGAN Jika di zaman dahulu; iaitu di zaman pemerintahan khalifah. Seseorang khalifah itu dilantik berdasarkan kepada pemilihan yang dilakukan oleh golongan yang disebut sebagai Ahl Hilli wa Al-Aqdi (terjemahan : kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa); mereka adalah golongan orang-orang yang soleh; bertaqwa; yang layak berijtihad dan sebagainya.
Dalam istilah lain, Ahli Al-hilli wa Al-Aqdi disebut ”majlis Syura”. Orang yang dipilih menjadi khalifah pula, hendaklah menepati ciri-ciri khalifah yang telah ditetapkan oleh Syarak. Seperti seseorang yang bertaqwa, lelaki, mampu berijtihad, mempunyai firasat yang tinggi dan sebagainya[1].
Adapun sekarang, perlantikan seseorang penguasa tidak berasaskan kepada perlantikan yang berlaku pada khalifah. Oleh sebab itu, dalam asas inilah perbincangan ini perlu diperhalusi; seharusnya dilihat dari perbezaan antara kedua-duanya.
Keadaan ini berasaskan kepada kaedah; الحكم علي شيئ فرع عن تصوره Maksudnya; “gambaran terhadap sesuatu itu adalah satu furu’ daripada hukum” Bermakna, sesuatu nas itu tidak boleh terus ditatbiqkan atau direalisasikan kepada sesuatu benda yang hendak dihukumkan, melainkan perlu difahami terlebih bentuk benda yang diberikan hukum tersebut. Dengan erti kata lain, sebelum hendak meletakkan hukum ketaatan kepada raja itu digunakan dengan nas-nas yang merujuk kepada ketaatan kepada khalifah, maka bentuk penguasa perlu diperhalusi terlebih dahulu.
Juga, ulasan tersebut, hendaklah dirujuk kepada maqasid disebalik ketaatan yang dimaksudkan dalam nas. SISTEM BERAJA Sistem beraja terdahulu, raja mempunyai kuasa mutlak. Bermakna, raja tidak terikat dengan mana-mana undang-undang, bahkan ia boleh melakukan apa-apa tindakan pun mengikut kehendaknya. Jika sebarang kehendak raja yang dilakukan itu mengandungi maksiat, maka sebagai rakyat hendaklah menegur pemerintah mengikut kadar kemaslahatan yang mampu, disamping tidak menatijahkan mudharat yang lebih besar. Adapun kini, raja di Malaysia disebut sebagai raja berperlembagaan.
Oleh itu, raja di Malaysia ini tidaklah mempunyai kuasa mutlak seperti raja-raja dahulu kala. Iaitu, raja juga perlu mentaati undang-undang, justeru itu, jika raja melanggar undang-undang, maka raja juga boleh digelar sebagai bersalah. Dengan ini, apabila raja di zaman kini melakukan sesuatu kesalahan yang boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang; maka sebagai rakyat yang melihat kesalahan tersebut wajar memberikan teguran yang berhikmat kepada pihak raja, bahkan sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang tersebut adalah tidak wajar diberikan ketaatan. Rujuk kes yang terdahulu untuk buktikan kuasa raja....mahathir pun tau mamak kedah.kawan mamak pangkor.
Jika rakyat tidak bertindak sedemikian, bermakna rakyat itu adalah rakyat yang redha dengan rajanya yang melakukan kesalahan; sedangkan sesuatu kesalahan tidak layak diberikan ketaatan. Hujjah-hujjah yang menyatakan kewajipan rakyat bertindak sedemikian adalah seperti berikut;
PERTAMA: Firman Allah; كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ Maksudnya; ”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia; kamu menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran” (Al-Imran : 110) Juga sabda Nabi SAW; من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ Maksudnya; “barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”[2] Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya; هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا Maksudnya; “Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada segala kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan[3]” ISTIDLAL Apabila menyebut “ingkar” (atau : tidak taat), menunjukkan perkara tersebut adalah perkara yang boleh yang melibatkan mungkar, dan sudah pasti bukan perkara ma’ruf. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai mungkar adalah, sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar. Apabila seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, pasti ianya merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang”. Justeru itu, tidak selayaknya diberikan ketaatan terhadap arahan tersebut. Merujuk kepada ulasan di atas, kita akan fahami bahawa tidak semua arahan itu perlu diberikan ketaatan, bahkan dalam keadaan tertentu, arahan itu tidak wajar diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran (baca : amar ma’ruf dan Nahi Mungkar). [b]
KEDUA: Firman Allah; اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى Maksudnya; “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Surah Taha: 43-44) ISTIDLAL: Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebarang tindakan dari pihak penguasa yang bertindak “tagha”, maka hendaklah ianya tidak ditaati, bahkan hendaklah dilakukan teguran berhikmat kepada penguasa tersebut. Kalimah “tagha” adalah kalimah arab yang diterjemah sebagai ‘melampaui batas”. Dalam kitab Lisan Al-Arab, kalimah Tagha itu ditafsirkan sebagai “melampaui kadar yang sepatutnya[4]” Imam Ibnu Kathir, menafsirkan maksud “melampai batas” ini dengan “melakukan kejahatan, biadap, angkuh terhadap Allah, bahkan melakukan maksiat terhadap Allah[5]” Maqasid disebalik “tagha” adalah, melakukan kezaliman. Ini kerana, semua yang disebut sebagai zalim, maka itu adalah perkara yang melampaui batas; melampai kadar yang sepatutnya. Antaranya adalah, melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.
KETIGA: Para sahabat terdahulu bertindak menegur penguasa yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti berikut; Said Al-Musayyab: Merupakan ulama tabiin yang alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah. Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, walaupun Said Al-Musayyib sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulam salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh. Imam Ahmad bin Hanbal: Menolak serta menyatakan keburukan pegangan (baca : fahaman) khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh. Nyata disini, Imam Ahmad bin Hanbal tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar atas tindakan pemerintah pada masa itu. Imam Nawawi: Sultan Zahir Bebrus yang memerintah Kerajaan memalik mesir telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam An-Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa agar supaya arahan sultan Zahir itu tidak ditaati. ISTIDLAL: Dari ini, jelas bahawa golongan ulama salaf soleh tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka secara membabi buta (atau : taqlid buta), bahkan jika penguasa melakukan arahan yang mengandungi kesilapan, pasti mereka akan bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, bahkan bertindak akan menegur dan seterusnya melawan, walaupun mereka terpaksa ditangkap oleh penguasa sekalipun.
SOALAN DAN JAWAPAN: PERTAMA: Firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا Maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” (Surah An-Nisa’ : 59) Ayat ini dengan nyata dan jelas mewajibkan kepada rakyat memberi ketaatan kepada ulil Amri (baca : penguasa) walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
JAWAPAN: Ketaatan kepada Allah adalah mutlaq. Begitujuga ketaatan kepada Rasul yang merupakan utusan Allah. Adapun ketaatan kepada penguasa, tertakluk kepada ketaatan penguasa itu dengan Allah dan rasul. Tanpa ketaatan penguasa kepada Allah dan Rasul, maka ketaatan kepada penguasa itu adalah tidak wajib, bahkan wajib diderhakai. Ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita; ”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu. Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata; لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف Maksudnya; ”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja[6]”
KEDUA: Daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda; عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ Maksudnya; “hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu[7]” Dari sini menjadi dalil bahawa ketaatan kepada penguasa itu adalah perkara penting, bahkan wajib diberikan kepadanya dalam apa jua keadaan, walaupun dalam perkara yang merupakan kepentingan diri penguasa (arab : أثرة) sendiri. Justeru itu, menderhaka terhadap penguasa merupakan perkara yang haram.
JAWAPAN: Ulasan ini dijawab dengan dua jawapan; ianya seperti berikut; 1- Secara asas, ketaatan terhadap penguasa itu adalah selagi mana penguasa itu memberi arahan yang tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. Sekiranya arahan yang berasaskan kepada Allah dan Rasul itu dilakukan, maka wajib atas rakyat mentaatinya, sama ada arahan itu disukai atau tidak; mudah dilaksanakan atau tidak. Adapun arahan yang dilakukan itu tidak berasaskan kepada kehendak Allah dan Rasul, maka arahan itu tidak boleh ditaati, walaupun ianya disukai oleh rakyat. 2- Dalam hadis ini menyebut, ketaatan itu hendaklah diberikan kepada penguasa, walaupun dalam perkara yang melibatkan kepentingan peribadi penguasa??? Perlu diingat, maksud dengan ”الأثرة” atau diterjemah sebagai “kepentingan diri” penguasa adalah, dengan melebihkannya atau memberi penghormatan lebih kepada penguasa tersebut berbanding orang lain. Ianya bukan bermaksud membiarkan penguasa melakukan penyelewengan demi keuntungan peribadinya, seperti bertindak mengambil harta rakyat dengan sesuka hati; membiarkan penguasa melanggar undang-undang dan sebagainya[8]. Bermaksud, apabila penguasa bertindak mengikut wewenang dirinya, sehingga melakukan kezaliman, melanggari undang-undang atau sebagainya, maka tindakan penguasa itu tidak boleh diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran.
BEBERAPA IGAUAN DAN JAWAPAN PERTAMA: Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar setelah diarahkan oleh Sultan merupakan tindakan yang tidak wajar, bahkan melahirkan hilangnya ”respek” rakyat terhadap MB. Oleh itu, tindakan sedemikian adalah tidak wajar sama sekali. JAWAPAN: Sebagai raja melayu di Malaysia kini, raja tertakluk dengan perundangan yang diluluskan sendiri oleh raja tersebut. Di Perak wujud perlembagaan negerinya tersendiri.
Dalam perlembagaan tersebut menyatakan, seseorang Menteri Besar itu tidak berlaku perletakkan jawatan melainkan berlakunya tiga perkara,
iaitu; a) Pembubaran DUN;
b) Perletakkan jawatan dengan rela hati;
c) Undi tidak percaya dalam sidang DUN. Dari ini, nyata bahawa tindakan sultan yang mengarahkan Ir Nizar meletakkan jawatan MB adalah tindakan yang tidak tepat, lebih-lebih lagi dengan baginda Sultan melantik Menteri Besar baru tanpa sahnya perletakkan jawatan Ir Nizar sebagai MB terlebih dahulu.
Keadaan ini semakin rumit, apabila tindakan sultan itu menyanggahi perlembagaan Negeri Perak yang diluluskan sendiri oleh baginda sultan. Menunjukkan, tindakan itu menggambarkan tidak wujudnya “kedaulatan undang-undang”. Apabila sesuatu undang-undang itu tidak mempunyai kedaulatan, pasti di masa akan datang, kemudharatan yang lebih buruk akan berlaku dan seterusnya merosakan sistem perundangan dan pemerintahan sesebuah negeri itu sendiri. Keadaan ini adalah haram, kerana Nabi SAW ada bersabda; لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ Maksudnya; ”tidak ada mudharat pada diri sendiri dan tidak ada mudharat kepada orang lain[9]” Dalam keadaan ini, ”hilang respek” rakyat kepada MB tidak akan berlaku, bahkan ”hilang respek” itu akan berlaku terhadap Sultan yang boleh disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang. Adapun jika wujud ”hilang respek” itu juga kepada Ir Nizar, itu sekadar permainan politik songsang dari pihak UMNO, bukan dari sudut hakikat kebenaran.
KEDUA: Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu meletakkan jawatan MB itu merupakan tindakan pihak yang disebut dalam Islam sebagai Bughah.
JAWAPAN: Jika dirujuk dari kitab-kitab fiqh, bughah itu didefinisikan sebagai; هُمْ مُخَالِفُو الْإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الِانْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ وَمُطَاعٍ فِيهِمْ Maksudnya; “Mereka (bughah) adalah golongan yang menyalahi imam dengan keluar atasnya, dan meninggalkan ketaatan atau mencegah diri dari melakukan kewajipan yang wajib dilakukan oleh mereka; dengan syarat mereka mempunyai ketenteraan dan mempunyai ta’wil dan mereka ada orang yang ditaati[10]”
Dari definisi ini difahami, sesuatu kelompok yang mahu digelarkan sebagai bughah adalah mereka yang keluar dari ketaatan imam dengan syarat-syarat berikut;
1) mereka tidak menunaikan kewajipan kerajaan yang wajib mereka lakukan seperti membayar zakat.
2) Mereka mempunyai gerakan bersenjata.
3) Mereka mempunyai ta’wil sendiri.
4) Mereka ada imam yang ditaati.
Dari definisi ini, difahami bahawa maqasid disebalik bughah adalah menentang Imam dengan tujuan untuk menggulingkan Imam tersebut. Adapun dalam isu Ir Nizar, tidak timbul isu mahu guling sultan atau tidak, bahkan yang wujud adalah Ir Nizar mahu mempertahankan kedaulatan Undang-undang yang diluluskan oleh pihak sultan sendiri.
KETIGA: Tindakkan Ir Nizar itu menunjukkan sudah tidak wujud lagi “ketuanan melayu” yang sultan merupakan tonggak utamanya.
JAWAPAN: tidak timbul isu ketuanan melayu atau tidak dalam isu ini. Ini kerana, isu yang sepatutnya dibincangkan adalah, apakah tindakan tersebut bersesuaian dengan peruntukan undang-undang atau tidak. Jika sesuatu tindakan yang kononnya berasaskan ketuanan melayu, lalu sanggup melakukan tindakan yang menyalahi dengan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan, maka ini menggambarkan tindakan yang zalim. Sedangkan, dalam islam mempertahankan kezaliman dengan menjadikan bangsa sebagai asas merupakan tindakan assobiyyah yang diharamkan oleh islam. Sabda Nabi SAW; لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ Maksudnya; “Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah[11]” Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Munawi menafsirkan maksud Assobiyyah adalah; أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم Maksudnya; “Iaitu mereka yang menyeru manusia agar berhimpun atas Assobiyyah, iaitu memberi bantuan terhadap orang zalim[12]”
KESIMPULAN Dari segala ulasan ringkas ini, dapat disimpulkan bahawa tindakan Ir Nizar yang mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar di Perak merupakan tindakan yang bersesuaian dengan kehendak Syarak. Bahkan tindakan melantik Menteri besar baru adalah tindakan yang bercanggah dengan roh islam, lebih-lebih lagi berdasarkan peruntungan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh Baginda Sultan.
Dalam isu ini, sepatutnya pihak Sultan perlu berterima kasih dengan Ir Nizar kerana memberikan ruang kepada pihak sultan membetulkan kesilapan yang dilihat melanggar peruntukan undang-undang Perlembagaan negeri perak. Oleh itu, tidak timbul langsung, apakah Ir Nizar itu menderhaka atau tidak. Jika ucapannya yang menyebut “patik memohon sembah derhaka” yang dijadikan isu, maka hendaklah diperhatikan dahulu disebalik ucapan tersebut. Ini kerana, ucapan tersebut diungkapkan dalam majlis istiadat sultan, yang merujuk kepada tidak bersetuju dengan keputusan Baginda Sultan yang bertindak menyalahi peruntukan undang-undang, bukannya merujuk mahu menyerang sultan. Oleh itu, nyata kepada kita, dalam isu ini, Ir Nizar tidak bersalah, bahkan tindakan Ir Nizar itu patut diberikan pujian kerana bertindak mahu menyelamatkan Sultan dari melanggar undang-undang yang telah diluluskan oleh Baginda Sultan sendiri.
Sekian

Tuesday, February 10, 2009

Tribute ; Dato seri Nizar - PART 1

Semoga tuhan memberkati perjuangan PAS dan kerajaan Perak dibawah naugan Pakatan Rakyat!.apa yang berlaku mutakhir ini di perak sangat menyedihkan dimana seorang manusia bernama Najib b Abdul Razak berjaya meranapkan Institusi Kesultanan dan menumbangkan kerajaan pilihan rakyat PERAK...dengan cara 'pintu belakang','jalan belakang',...bila sebut /jalan belakang nie...teringat pada tuduhan yang dilemparkan oleh manusia itu pada Doto seri Anwar Ibrahim...rupa-rupanya Najib ini pun sama suka 'main belakang'....mungkin kerana dia sudah terlampau 'gila' dan 'sasau' sehingga sanggup melaggakan sultan dengan rakyat perak....semoga allah melaknat seluruh keturunan dia sampai bila - bila.......Sedih melihat seorang pemimpin seperti Dato seri Nizar di lakukan seperti begitu...mungkin Nizar terlampau hebat sehingga Najib tidak mempunyai jalan lain melainkan menggunakan taktik kotor tersebut...yang paling best...para 'barua2' dari pihak B.N dan yang menyokong mereka tahu yang itu perkara paling buruk dalam peradapan mereka yang bergelar manusia tetapi masih bersetuju dengan tindakkan Najib.....dimanakah akal?akidah?taklid iman yang diucapkan semasa sembahyang....mereka?..Bodoh sangatkah 4 orang adun yang jadi 'spawn' kepada najib dan B.N..tidak malukah mereka dengan masyarakat sekeliling...tiada 'kemaluankah' diorang????binatang ke manusia?...bagi sesetengah pihak politik itu kotor....tetapi orang seperti inilah yang mengotorkan ;politik;......Raja sekali lagi dipermainkan oleh B.N....siapakah yang selama ini tidak mentaati raja?..yang telah menafikan kuasa raja?...bodohkah mereka ini? tulikah seluruh keterunan mereka kerana tidak memahami sejarah negara...?.....Saya tidak hairan jika Sultan dicabar..tetapi lagi tidak hairan jika Allah tuhan sekalian alam pun dipermainkan oleh Sekutu-kutu B.N.....Kuat sangatkah mereka berbanding kuasa allah...? kuat sangatkah polis dan Fru mereka berbanding kuasa allah?....bodohkah polis dan pasukan keselamatan jika bertempur dengan orang awam yang tidak bersenjata....'bacul' kah mereka?....kalau berani sangat 'mari bertempur tanpa senjata!!!!!!!!!!....Bumi Perak Sedia Dimandikan Darah!!!!kepada pembelot kepada sultan dan rakyat perak......Pilihanraya kecil kini semakin hampir!kini 'kuasa' ditangan semua rakyat Perak....jahanamkan B.N dan Najib Abdul Razak.

Takbir!!!!!