Wednesday, February 11, 2009

Tribute; Kerajaan PR - PART1.2









Pagi tadi di radio IKIM FM, sewaktu menjawab soalan salah seorang pemanggil,
Prof Aziz Bari menyatakan dengan jelas bahawa tiada "PERUNTUKAN UNDANG UNDANG" yang dapat menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak.Beliau turut menjelaskan bahawa tiada kuasa yang diberikan kepada sultan untuk memecat MB sekalipun sultan mempunyai kuasa untuk memecat Exco dengan NASIHAT MENTERI BESAR.Prof Aziz walaubagaimanapun menghuraikan bahawa kuasa melantik dan memecat Exco terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar tetapi sultan mempunyai kuasa memecat sekiranya dinasihati oleh Menteri Besar.
Dengan kata kata lain sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja.Ini juga bermakna sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang orang selain menteri besar dalam menjalankan kuasanya.
Prof Aziz Bari turut menyarankan kematangan orang orang politik dalam menyelesaikan krisis yang tidak boleh ditangani oleh mana mana peruntukan undang undang ini.
Tindakan mengunci,menghalau dan mengherdik menurut Prof Aziz tidak bijak dan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Dan kalau ditambah lagi segala kekasaran yang berlaku di kuala Kangsar tempoh hari boleh dielak seandainya rampasan kuasa ini dilakukan mengikut lunas lunas perlembagaan.Sepatutnya mengikut Prof Aziz, kemelut yang berpunca dari lompat itu diselesaikan dengan cara menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan mandat baru.Pun begitu Prof Aziz ada menyebut bahawa tindakan mengambilalih secara haram sebegini tidak akan terlepas dari pengadilan rakyat.Mungkin kerajaan yang dibentuk secara haram boleh bertahan selama empat tahun dan selepas itu mereka terpaksa berdepan dengan rakyat.
Oleh itu adalah bijak dan matang bagi semua pemimpin politik mengambil jalan mengutamakan rakyat dalam memastikan mandat memerintah.Perkara ini sepatutnya diambil kira oleh pendokong kerajaan persekutan.PM,TPM dan seluruh jentera kerajaan persekutuan yang menjadi payung kepada seluruh negeri seharusnya menyedari dan mengutamakan mandat rakyat dalam apa jua penyelesaian kepada sebarang krisis.

No comments: