Thursday, January 22, 2009

Hantu ke?

Ramai yang bertanyakan saya masa kami menang tiada pula bising undi hantu.....heheh.betul ke?..adakah orang yang selalu tanya tue faham siapa hantu yang dimaksudkan?...adakah mereka pernah melakukan 'cula' untuk sesuatu pilihanraya besar atau kecil?berapa banyak jenis hantu yang berkeliaran?...hahahah.Saya pernah melakukan 'cula' dan terlibat secara tidak langsung..memang terdapat hantu jika di Perak atau Beruas sahaja terdapat 35 orang manusia yang berumur 100 - 150 tahun...yang best ada yang lahir tahun 1874..dan masih hidup ...ye ke????jengjenggg....ada yang satu rumah terdapat 10-20 orang nama...ataupun tinggal dalam satu rumah...ada ka?setahu saya tiada melainkan rumah panjang...heheheheh.....even saya sendiri ada 2 rumah atau alamat yang saya pun tak tau mengenainya...!!hantu ker tue?..tapi hantu tue hantu kerajaan ke pembangkang?..wallahualam...yang penting hantu tu memang ada.
Tak Percaya?!Jom 'cula'.
p/s : buka minda,..celik mata.

Wednesday, January 14, 2009

Tahukah anda?! P36


Jumlah anggota polis yang dikerah ke kawasan P36 tidak kurang 6,000 orang...itu hanya anggota berpakaian seragam dan tidak termasuk SP dan juga lain-lain unit...macam nak perigi berperang!!!.... Kos makan minum mereka sahaja dianggarkan RM250,000. Bayangkan jika jumlah mereka dua kali ganda daripada jumlah itu bersamaa RM500,000 hanya untuk makan sehari.

p/s : wallahualam.....

Monday, January 12, 2009

P36

Something funny when you heard our 'biru' leader and media talking 'loundly' about palestine issue...maybe or must be about P36...try to be like 'jaguh kampung'....tapi lepas hari mengundi tak kemana pun. ...for sure senyap...mcm org mati bini.
Even MCA person need to spoken up about this issues....kena paksa la tue!!!.

Menyampah!hipokrit!!!!

Dr.M pun sama...dah resign baru pandai cakap..hebat sgt la tuee....memang bagus idea dia suruh org boikot,..tp aku dr dulu pun dah boikot dah....yang dia kecoh sgt wat pa..!???.masa ada kuasa tak guna kuasa dengan sebaik mungkin......amal ma'aruf...Takpa la org tua nyanyok memang mcm tue...semoga dia bahagia dengan 'apa yang dia lakukan dulu semasa dia berkuasa'.

P/s : fikir......

Tribute to Juresalem.










Our Holy Land.
Our Pride.
Our Blood.

Friday, January 9, 2009

Jangan Memfitnah Pejuang HAMAS


Assalamualaikum,

Terkejut saya apabila ada segelinitir manusia yang cetek ilmu pengetahuan dengan semberono menghentam gerakan Hamas dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang menjengkelkan.

Terbaru dalam rancangan radio IKIM pagi tadi, ada pemanggil yang menuduh Hamas sebagai gerakan Syiah. Ini adalah satu FITNAH terbesar kepada Hamas.

Nampak sangat pemanggil dan sesiapa yang menuduh Hamas adalah Syiah adalah manusia JAHIL dan cetek ilmu pengetahuan. Hamas bukanlah Syiah tetapi Hamas adalah kelompok Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Hanya gerakan Hizbullah yang bergerak di Lubnan Selatan yang memegang akidah Syiah sedangkan Hamas memegang akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Sunni).

SEJARAH HAMAS Hamas ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha.

Sebelum tahun 1987, Hamas adalah sayap kanan gerakan Ikhwanul Muslimin Palestine. Namun, semasa intifada pertama gerakan Ikhwanul Muslimin telah menaikkan Hamas kepada gerakan atau parti politik Islam utama Palestine bertujuan untuk fokus perjuangan Islam di Palestine sementara Ikhwanul Muslimin fokus kepada perjuangan Islam di Mesir dan negara-negara Islam yang masih belum ada parti politik Islam.

Walaupun Hamas dan Ikhwanul Muslimin telah 'berpisah' namun Hamas seperti mana gerakan Islam lain di seluruh dunia tetap berpegang kepada manhaj Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama dan menjalin pakatan rapat dengan Ikhwanul Muslimin. Malahan, gerakan Ikhwan yang menyalurkan senjata kepada Hamas melalui sempadan Gaza-Mesir.

PERJUANGAN HAMAS Hamas meneruskan perjuangan Ikhwanul Muslimin di mana Hamas berjuang untuk menubuhkan Negara Islam Palestine dan menghalau penduduk Yahudi daripada bumi Tebing Barat. Hamas yang mula-mula sekali menubuhkan skuad pejuang berani mati sehingga ditiru oleh gerakan paramilitary lain di seluruh dunia.

Kekuatan Hamas sangat digeruni Israel dan Amerika Syarikat. Itu sebab kenapa Amerika tetap tidak mengiktiraf Hamas kerana keberanian jihad pejuang-pejuang Hamas sukar ditandingi oleh ketumbukan tentera Israel. BEZA HAMAS DENGAN FATAH Walaupun Hamas dan Fatah mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu memerdekakan negara Palestine, namun mereka mempunyai jurang yang besar dalam pendirian politik (siasah).

HAMAS berjuang untuk menegakkan NEGARA ISLAM PALESTINE....sedangkan FATAH berjuang untuk menegakkan NEGARA SEKULAR PALESTINE....

BEZA HAMAS DENGAN HIZBULLAH Ramai yang keliru antara Hamas dengan Hizbullah sehingga ada yang menyatakan bahawa mereka satu gerakan.

Ini adalah satu kesilapan yang besar. HAMAS berpegang kepada akidah AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH dan berjuang untuk PALESTINE...... sedangkan... HIZBULLAH berpegang kepada akidah SYIAH dan berjuang untuk selatan LEBANON....

KESIMPULAN Kepada mereka di luar sana, hentikanlah fitnah kepada Hamas. Mereka adalah pejuang Islam sejati yang bermandi darah bagi mempertahankan kesucian bumi Baitul Muqaddis dan Palestine. Marilah kita mendoakan mereka bukan memfitnah mereka.

p/s ; kalau bodo buat cara bodo!

Tuesday, January 6, 2009

Antara dua darjat



Kisah 1 - Setinggan Garden.Miskin.Hina.Haprak

Pada 17 November 2006 beberapa buah rumah di Kg. Berembang roboh menyembah bumi dek kerakusan orang-orang besar Umno dalam Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB).

Operasi Perobohan itu dilakukan oleh anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), atas arahan PNSB dan berlajutan dalam 3 siri yang berikutnya iaitu pada 20 dan 30 November 2006.

Para penduduk kecewa dan kesal akan penindasan itu. Sebahagian penduduk bersetuju untuk pindah ke Puchong dan menginap di rumah Flat yang disediakan oleh PKNS. Sebahagian lagi berkeras menuntut keadilan dan ganti rugi. Mereka terus berkampung dipinggir kampung mereka sehinggalah Kerajaan Pakatan dibentuk pada 8 Mac lalu dan membela nasib mereka.Operasi terakhir pada 7 Mac 2007 menyaksikan semua rumah penduduk termasuk sebuah Surau dirobohkan walaupun, rayuan penduduk masih di dengar di Mahkamah.

Asalnya tanah-tanah Kg. Berembang itu diteroka oleh datuk nenek mereka dan setelah beberapa generasi, Kerajaan Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional enggan memberikan geran tanah kepada mereka.Dalam diam, Kerajaan BN telah mengeluarkan surat geran kepada beberapa pemimpin dan pelobi Umno yang kaya raya untuk memiliki tanah-tanah di Kg. Berembang.

Pemilik geran ini kemudiannya menjual semua tanah-tanah itu kepada PNSB setelah Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan projek Damansara-Ulu Kelang Expressway (DUKE) yang turut melibatkan kawasan Kg. Berembang.Setelah pindah milik dibuat, PNSB mengunakan kuasa mahkamah, Polis, Rela dan MPAJ bagi mengusir para penduduk.Rumah penduduk dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi.

Kemusnahan ratusan ribu harta benda penduduk Kg. Berembang tidak dipedulikan sesiapa termasuklah Perdana Menteri dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu bahawa penduduk Kg. Berembang adalah penyokong kuat Umno selama ini.Melihatkan keadaan yang terbiar itu, misi kemanusian dihantar oleh Pas dan bantuan makanan dan peralatan Khemah disalurkan sambil turut berdoa akan kejatuhan Kerajaan BN di Selangor. Doa orang-orang dizalimi ini makbul dan Kerajaan zalim BN tumbang di Selangor.
Walaupun mereka tidak mendapat semula rumah dan tanah yang dirampas, tetapi harapan untuk keadilan dan hidup yang lebih baik itu ada bersama Kerajaan Pakatan.Kisah Penduduk Bukit AntarabangsaBukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia.

Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang.


Kisah 2 - Kaya.Glamour.Hebat.Besar.

Bukit antarabangsa juga dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana didiami oleh ramai artis, VVIP dan orang-orang kaya di Malaysia. Malah ada yang mengatakan bahawa pemilik rumah di Bukit Antarabangsa sebenarnya mempunyai beberapa unit rumah lain ditempat lain dan sememangnya mereka yang duduk disitu adalah dari golongan yang kaya, sama ada kaya dengan pendapatan yang tinggi atau yang kaya Hutang

Bukit Antarabangsa terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Utama, Taman Bukit Mulia dan beberapa lagi. Banyak juga kondominium mewah terletak dikawasan ini dan yang paling terkenal adalah Highland Tower yang runtuh pada tahun 1993.Boleh dikatakan bahawa kawasan Bukit Antarabangsa ini agak eksklusif dinegara ini walaupun hakikatnya kawasan itu asalnya adalah kawasan Hutan Simpan Kerajaan Selangor.

Sejak bila tanah itu bertukar status tidak pula dinyatakan.Para pemaju berebut-rebut untuk memiliki tanah dan membuat pembangunan dilereng-lereng Bukit Antarabangsa.Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini yang menasihatkan para pemaju agar tidak lagi mendesak Kerajaan untuk mengeluarkan keizinan bagi pembinaan dikawasan itu sudah cukup untuk menjelaskan apa yang berlaku disebalik berdirinya kediaman mewah disitu.Pembangunan tidak berlaku jika pemaju tidak mendesak.

Tanah Hutan Simpan itu tidak terusik jika tiada kebenaran dari Kerajaan. Kerajaan mana bagi kebenaran? jika dilihat dari usia bangunan disitu bermakna kelulusan itu sudah diperolehi dari kerajaan yang memerintah 20 tahun yang lalu, iaitu Kerajaan BN sendiri.Selepas tragedi Highland Tower, 1993 industri pembinaan negara mengalihkan tumpuan ke kawasan lain. Tapi beberapa tahun selepas itu, mereka kembali membina banglo mewah lagi atas keizinan pemimpin Umno, yang mana ada juga yang memiliki lot banglo mewah disitu..

Kedegilan mereka akhirnya terbalas jua bila 14 banglo mewah di Taman Bukit Mewah and Taman Bukit Utama musnah dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi 6 Disember 2008 yang lalu.Musnahnya banglo orang-orang kaya ini mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini umpama satu malapetaka yang besar hingga melenyapkan seketika berita tentang banjir di Pantai Timur yang berlaku pada masa yang sama.Bezanya banjir di Pantai Timur sudah biasa berlaku walaupun ianya melibatkan ribuan rumah, tapi di Bukit Antarabangsa ini jarang berlaku walaupun hanya 14 rumah banglo.Lantaran itu, lebih 3000 pemilik rumah disekitar kawasan berhampiran diarahkan berpindah buat sementara.

Proses perpindahan kali ini agak rumit kerana laluan yang tidak sempurna serta banyaknya kereta mewah yang melalui jalan sementara yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia . Ini berbeza dengan kisah Berembang, dimana anak-anak kecil mengusung kain baju mereka sendiri dalam baldi untuk menginap dikhemah atau disisa runtuhan rumah mereka.

Bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang berpindah keluar, sebahagian besar mereka pindah ke rumah kedua mereka, ada juga yang menginap dirumah saudara mara terdekat. Malah kenderaan untuk pindah barang turut disediakan walaupun terhad.

Menariknya, kejadian ini rupanya belum cukup untuk menumpulkan keangkuhan beberapa orang kaya yang jadi mangsa. Para petugas dimaki hamun kerana didakwa tidak menolong mereka, walhal para petugas itu sudah berharian bertungkus lumus untuk membantu ramai penduduk disitu.Malangnya orang-orang kaya ini tidak faham erti bersabar. Mereka tidak biasa buat kerja sendiri dan hidup susah. Selama ini orang gaji atau pekerja yang diupah yang tolong mereka berkemas dan angkat barang. Kali ini suasana kelam kabut, bila mereka diminta mengangkat sendiri barang ada juga yang merunggut.Beberapa petugas terkilan dengan sikap mereka hingga ada yang berbisik, "patutlah mereka kena tanah runtuh, mereka nie semuanya orang kaya yang sombong dan berlagak" Ada juga petugas yang kecewa mengajak teman-teman lain balik sahaja, dan tak perlu bantu orang-orang kaya ini.

Mujurlah teman itu sempat ditenteramkan dan niat mereka dibetulkan. Sesungguhnya mereka datang kesitu membantu bukan kerana inginkan balasan dari orang-orang kaya itu, tapi kerana sifat kemanusian dan ikhlas kerana Allah.Begitulah sabarnya para sukarelawan ini. Kejadian ini pastinya memberikan sedikit impak dalam hati mereka, khususnya bagi petugas yang pernah membantu mangsa kezaliman di Kg. Berembang yang tidak jauh dari Bukit Antarabangsa.
KESIMPULANYA!
Ketika di Berembang penduduk tidak putus-putus ucapkan terima kasih walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Tapi lain pula di Bukit Antarabangsa ini. Bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi.
Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya.
Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Tapi bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.Ratusan rumah Kg. Berembang roboh tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang.
Tapi apa yang mereka beri untuk Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.Rumah Kg. Berembang roboh ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2.
Begitulah jauhnya perbezaan taraf didunia ini.Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya
Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.
==
p/s:::::::::Orang dah tolong banyak bunyi.Tak tau bersyukur.

Aduhai Duit!!

KUALA LUMPUR, 17 Dis:

Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.
Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.


Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan. Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.

"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir,

Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya. Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!

Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan. "Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.

Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.

"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.

Kalo kita kerja sampai mati pun tak dapat duit macam tue.
So,...apa kata mereka???
Lu pikir la sendiri!!!!

Regret to Tebuan.

Thank for Nazri for some of his contribution to this blog. Really App.
Toceh.

Best Regard!!

Senarai Produk Menyokong Israel.


Senarai produk yang menyokong Israel yang perlu kita boikot!

Ingatlah setiap sen yang kita keluarkan kerana membeli produk-produk ini akan menyumbang ke arah penitisan darah dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.

Lain-lain produk yang wajib kita boikot ialah seperti di bawah. Untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik link.

AOL Time Warner

Apax Partners & Co Ltd

Coca-Cola

Danone

Delta Galil

Disney

Estée Lauder

IBM

Johnson & Johnson

Kimberly-Clark

Lewis Trust Group Ltd

L'Oreal

Marks & Spencer

Nestle

News Corporation

Nokia

Revlon

Sara Lee

Selfridges

The Limited Inc

Home Depot

Intel

Starbucks

Timberland

McDonald's

Arsenal FC

Sunday, January 4, 2009

Riba...Meriba..Diriba




Assalammualaikum,




Hadith mengenai riba:


Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan memakan> riba dan jika tidak memakannya, debu-debunya akan mengenai juga ” (Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Nasa’i)




“Rasulullah melaknat(mengutuk) orang yang memakan(mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya (pekerjanya), dan baginda bersabda, golongan ini semuanya sama. ”

(Riwayat Muslim) “Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali ganda dari> dosa satu perbuatan zina ”

Riba dalam sejarah dan terkini: Nilai sebenar matawang adalah merujuk kepada nilai Emas.> Selepas 1944 (perang dunia kedua), Barat telah memutuskan> penggunaan wang kertas bagi mengantikan penggunaan emas> (mengikut nilai emas tetap 1 ounce:35 dollar)yang kononnya> lebih praktikal di seluruh dunia. Dollar Amerika dipilih> sebagai matawang antarabangsa yang digunakan bagi tujuan> tukar (redeem) emas dan wang kertas.

Dalam hal ini,> mana-mana negara boleh mendapatkan nilai wang emas mereka> dengan menukarkan wang Dollar ke bank pusat Amerika melalui> bank pusat negara pusat negara berkenaan.> > Walaubagaimanapun, ketika Perang Vietnam Amerika Syarikat> telah mencetak banyak wang kertas bagi menampung kos perang.> Ketika ini wang kertas tidak lagi menyamai nilai emas yang> disimpan di Amerika Syarikat.> >

Pada September 1971, British membawa 3 Bilion Amerika> Dollar untuk ditukar ke emas di bank pusat Amerika. Ini> diikuti Arab Saudi, Kuwait dan banyak lagi negara. Tentu> sekali Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan emas> tersebut kerana nilai emas tersebut tidak menyamai dengan> nilai wang kertas yang ada di dunia. Akibatnya, dunia> menyedari kegagalan wang kertas sebagai pengganti emas dalam> urusniaga dunia.

Sejak 1971, Amerika menarik balik kata-kata> mereka dan sejak itu TIADA LAGI KAITAN RASMI ANTARA NILAI> EMAS DAN WANG KERTAS sehingga hari ini. Riba tidak dapat> dibendung lagi akibat dari nilai Dollar yang tidak sama> dengan nilai wang kertas yang kita miliki kini. Dalam erti> kata lain, seluruh negara dunia membayar riba kepada Amerika> sehingga kini. > > Penggunaan wang kertas masih lagi digunakan walaupun> diketahui nilainya tidak tetap.

Dan wang kertas ini pula> ditukarkan kepada wang plastik yang dikenali sebagai> 'kad kredit' bagi menguntungkan lagi pihak bank> dalam negara. Wang plastik ini merupakan kaedah riba yang> baru menggantikan wang kertas sekarang. Urusniaga riba telah> bertukar tangan dari Amerika Syarikat ke bank-bank yang> terdapat dimana-mana sahaja termasuk di Malaysia.> > Didalam Islam, urusniaga hendaklah TUNAI.

Kini, Barat telah> berjaya menukarkan urusniaga berasaskan nilai sebenar emas> kepada wang kertas dan seterusnya kepada hutang (kredit kad)> yang mengaut keuntungan dari riba. Dari emas (dinar terakhir> digunakan oleh Kerajaan Utmaniah) kepada wang kertas dan> seterusnya wang plastik.> > Disini dapat kita lihat bahawa masyarakat Islam kini> sebenarnya hidup dengan riba yang sedar dan tidak disedari.>

Cara terbaik bagi kita adalah dengan mengelak/memutuskan> diri dari sistem riba ini. Penggunaan tunai adalah terbaik> dalam urusan jual-beli. Simpanan emas dan perak adalah> terbaik menggantikan wang kertas yang akan susut dari masa> ke semasa. > >
Sama-sama kita menilai keadaan kita.

Sekian.