Friday, January 9, 2009

Jangan Memfitnah Pejuang HAMAS


Assalamualaikum,

Terkejut saya apabila ada segelinitir manusia yang cetek ilmu pengetahuan dengan semberono menghentam gerakan Hamas dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang menjengkelkan.

Terbaru dalam rancangan radio IKIM pagi tadi, ada pemanggil yang menuduh Hamas sebagai gerakan Syiah. Ini adalah satu FITNAH terbesar kepada Hamas.

Nampak sangat pemanggil dan sesiapa yang menuduh Hamas adalah Syiah adalah manusia JAHIL dan cetek ilmu pengetahuan. Hamas bukanlah Syiah tetapi Hamas adalah kelompok Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Hanya gerakan Hizbullah yang bergerak di Lubnan Selatan yang memegang akidah Syiah sedangkan Hamas memegang akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Sunni).

SEJARAH HAMAS Hamas ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha.

Sebelum tahun 1987, Hamas adalah sayap kanan gerakan Ikhwanul Muslimin Palestine. Namun, semasa intifada pertama gerakan Ikhwanul Muslimin telah menaikkan Hamas kepada gerakan atau parti politik Islam utama Palestine bertujuan untuk fokus perjuangan Islam di Palestine sementara Ikhwanul Muslimin fokus kepada perjuangan Islam di Mesir dan negara-negara Islam yang masih belum ada parti politik Islam.

Walaupun Hamas dan Ikhwanul Muslimin telah 'berpisah' namun Hamas seperti mana gerakan Islam lain di seluruh dunia tetap berpegang kepada manhaj Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan utama dan menjalin pakatan rapat dengan Ikhwanul Muslimin. Malahan, gerakan Ikhwan yang menyalurkan senjata kepada Hamas melalui sempadan Gaza-Mesir.

PERJUANGAN HAMAS Hamas meneruskan perjuangan Ikhwanul Muslimin di mana Hamas berjuang untuk menubuhkan Negara Islam Palestine dan menghalau penduduk Yahudi daripada bumi Tebing Barat. Hamas yang mula-mula sekali menubuhkan skuad pejuang berani mati sehingga ditiru oleh gerakan paramilitary lain di seluruh dunia.

Kekuatan Hamas sangat digeruni Israel dan Amerika Syarikat. Itu sebab kenapa Amerika tetap tidak mengiktiraf Hamas kerana keberanian jihad pejuang-pejuang Hamas sukar ditandingi oleh ketumbukan tentera Israel. BEZA HAMAS DENGAN FATAH Walaupun Hamas dan Fatah mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu memerdekakan negara Palestine, namun mereka mempunyai jurang yang besar dalam pendirian politik (siasah).

HAMAS berjuang untuk menegakkan NEGARA ISLAM PALESTINE....sedangkan FATAH berjuang untuk menegakkan NEGARA SEKULAR PALESTINE....

BEZA HAMAS DENGAN HIZBULLAH Ramai yang keliru antara Hamas dengan Hizbullah sehingga ada yang menyatakan bahawa mereka satu gerakan.

Ini adalah satu kesilapan yang besar. HAMAS berpegang kepada akidah AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH dan berjuang untuk PALESTINE...... sedangkan... HIZBULLAH berpegang kepada akidah SYIAH dan berjuang untuk selatan LEBANON....

KESIMPULAN Kepada mereka di luar sana, hentikanlah fitnah kepada Hamas. Mereka adalah pejuang Islam sejati yang bermandi darah bagi mempertahankan kesucian bumi Baitul Muqaddis dan Palestine. Marilah kita mendoakan mereka bukan memfitnah mereka.

p/s ; kalau bodo buat cara bodo!

No comments: