Sunday, January 4, 2009

Riba...Meriba..Diriba




Assalammualaikum,




Hadith mengenai riba:


Akan tiba suatu masa di mana semua manusia akan memakan> riba dan jika tidak memakannya, debu-debunya akan mengenai juga ” (Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Nasa’i)




“Rasulullah melaknat(mengutuk) orang yang memakan(mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya (pekerjanya), dan baginda bersabda, golongan ini semuanya sama. ”

(Riwayat Muslim) “Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali ganda dari> dosa satu perbuatan zina ”

Riba dalam sejarah dan terkini: Nilai sebenar matawang adalah merujuk kepada nilai Emas.> Selepas 1944 (perang dunia kedua), Barat telah memutuskan> penggunaan wang kertas bagi mengantikan penggunaan emas> (mengikut nilai emas tetap 1 ounce:35 dollar)yang kononnya> lebih praktikal di seluruh dunia. Dollar Amerika dipilih> sebagai matawang antarabangsa yang digunakan bagi tujuan> tukar (redeem) emas dan wang kertas.

Dalam hal ini,> mana-mana negara boleh mendapatkan nilai wang emas mereka> dengan menukarkan wang Dollar ke bank pusat Amerika melalui> bank pusat negara pusat negara berkenaan.> > Walaubagaimanapun, ketika Perang Vietnam Amerika Syarikat> telah mencetak banyak wang kertas bagi menampung kos perang.> Ketika ini wang kertas tidak lagi menyamai nilai emas yang> disimpan di Amerika Syarikat.> >

Pada September 1971, British membawa 3 Bilion Amerika> Dollar untuk ditukar ke emas di bank pusat Amerika. Ini> diikuti Arab Saudi, Kuwait dan banyak lagi negara. Tentu> sekali Amerika Syarikat tidak mampu menyediakan emas> tersebut kerana nilai emas tersebut tidak menyamai dengan> nilai wang kertas yang ada di dunia. Akibatnya, dunia> menyedari kegagalan wang kertas sebagai pengganti emas dalam> urusniaga dunia.

Sejak 1971, Amerika menarik balik kata-kata> mereka dan sejak itu TIADA LAGI KAITAN RASMI ANTARA NILAI> EMAS DAN WANG KERTAS sehingga hari ini. Riba tidak dapat> dibendung lagi akibat dari nilai Dollar yang tidak sama> dengan nilai wang kertas yang kita miliki kini. Dalam erti> kata lain, seluruh negara dunia membayar riba kepada Amerika> sehingga kini. > > Penggunaan wang kertas masih lagi digunakan walaupun> diketahui nilainya tidak tetap.

Dan wang kertas ini pula> ditukarkan kepada wang plastik yang dikenali sebagai> 'kad kredit' bagi menguntungkan lagi pihak bank> dalam negara. Wang plastik ini merupakan kaedah riba yang> baru menggantikan wang kertas sekarang. Urusniaga riba telah> bertukar tangan dari Amerika Syarikat ke bank-bank yang> terdapat dimana-mana sahaja termasuk di Malaysia.> > Didalam Islam, urusniaga hendaklah TUNAI.

Kini, Barat telah> berjaya menukarkan urusniaga berasaskan nilai sebenar emas> kepada wang kertas dan seterusnya kepada hutang (kredit kad)> yang mengaut keuntungan dari riba. Dari emas (dinar terakhir> digunakan oleh Kerajaan Utmaniah) kepada wang kertas dan> seterusnya wang plastik.> > Disini dapat kita lihat bahawa masyarakat Islam kini> sebenarnya hidup dengan riba yang sedar dan tidak disedari.>

Cara terbaik bagi kita adalah dengan mengelak/memutuskan> diri dari sistem riba ini. Penggunaan tunai adalah terbaik> dalam urusan jual-beli. Simpanan emas dan perak adalah> terbaik menggantikan wang kertas yang akan susut dari masa> ke semasa. > >
Sama-sama kita menilai keadaan kita.

Sekian.

No comments: